Assalam kepada semua. Ya think BIG. Itulah ucap kata yang paling popular yang selalu kita dengar.
Bukan diucapkan oleh orang biasa, tetapi oleh seseorang yang betul-betul berjaya di dalam dunia pelaburan. Tidak lain dan tidak bukan, jutawan hartanah Donald Trump.
Ramai di kalangan kita pada hari ni menganggap amat susah untuk mengumpul dana atau modal untuk membeli hartanah terutamanya dalam pembelian rumah pertama. Dengan keadaan ekonomi pada masa sekarang yang tak menentu, kos sara hidup tinggi, kenaikan harga barang mentah, kenaikan kos-kos servis (GST) adalah antara beberapa faktor yang menekan rakyat Malaysia untuk memiliki hartanah sendiri.
Saya amat faham situasi sebegini memandangkan saya pun tak terlepas dari merasai kongkongan hidup sewaktu masa dulu. Berkat kesabaran dan usaha saya mencari jalan untuk keluar dari masalah kongkongan kewangan ni saya mula ceburkan diri dalam dunia hartanah. Alhamdulillah melalui tunjuk ajar orang-orang yang berpengalaman, pembacaan blog, buku-buku dan kisah benar dari klien-klien sendiri ingin saya kongsikan beberapa tips berguna yang saya rasa boleh membantu kita untuk mencari jalan dalam usaha mengumpul dana dalam pembelian hartanah.
Tips nya mudah, simple tapi memerlukan kesabaran dan kesungguhan yang tinggi.
- Ini merupakan tips pertama yang paling mudah and saya percaya ramai yang dah melakukannya. Menabung. Ya, menabung sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Kalau pepatah ni masih berguna pada waktu zaman dahulu kala, tak mustahil ia juga berguna pada zaman sekarang. Menabung dengan nilai tetap adalah bonus dalam menambahkan nilai simpanan kita. Bukan apa, sekurang-kurangnya boleh mendisiplinkan kita untuk menabung setiap hari. Kalau kita selalu pesan pada anak-anak untuk menabung, pada para ibu bapa pun kena menabung juga kan? Barulah adil dan jadi contoh terbaik untuk anak-anak. =)
- Tetapkan matlamat anda untuk kumpul berapa jumlah simpanan yang anda inginkan dalam tempoh tertentu. Selari dengan usaha anda untuk menabung, matlamat juga perlu ada. Supaya anda tak terpesong, tak terlupa dan sebagainya. Percayala, cabaran yang paling hebat dalam hidup anda adalah apabila anda menabung NAFSU BERBELANJA akan datang dari semua arah untuk memastikan anda berbelanja kepada yang bukan perlu. Ingat ikut mata hati, bukan mata kepala. Mata kepala hanyalah menipu semata-mata. Cubaan.
- Kita ambil contoh mudah, setiap hari anda simpan sebanyak RM5 selama 5 tahun. Berapa jumlah simpanan terkumpul anda? Mari kita lihat:
= RM 5 x 30 hari x (5 tahun x 12 bulan)
= RM 5 x 30 hari x 60 bulan
= RM 9000
- Percaya atau tidak dengan jumlah sebanyak RM 9000 itu sudah cukup memadai untuk anda jadikan sebagai duit deposit rumah. Campur dengan jumlah simpanan KWSP anda sudah semestinya anda mampu untuk memiliki rumah sendiri. Semuanya bermula dengan simpanan hanya RM 5 sehari !
3. Pinjaman peribadi. Cara ini merupakan cara yang agak risiko tetapi kalau digunakan pada jalan yang betul amat-amat menguntungkan. Ramai anak muda yang baru melangkah ke alam pekerjaan akan tak terlepas dari membuat pinjaman peribadi. Namun digunakan untuk tujuan yang tak mendatangkan hasil. Contoh paling ketara adalah membuat pinjaman untuk membuat majlis perkahwinan / membeli barang kelengkapan peribadi yang mahal-mahal. Saya amat suka menasihatkan pada golongan yang sebaya dengan saya supaya jangan jadikan pinjaman peribadi itu sebagai langkah mudah untuk menikmati kesenangan yang sementara. Tapi jadikan pinjaman tu sebagai batu loncatan untuk kita beli aset seperti rumah atau lot tanah yang boleh didaftarkan atas nama kita sendiri dan boleh mendatangkan hasil di kemudian hari.
- Sebagai contoh, guna pinjaman tersebut untuk dijadikan deposit untuk pembelian rumah subsale atau lelong. Sewakan rumah tersebut pada kadar sewa semasa, dan selepas 6-9 bulan anda bole buat refinance balik rumah tersebut pada bank. Bank akan nilai harga rumah mengikut harga semasa dan sudah semestinya anda akan dapat lebihan tunai. Jadi dengan lebihan tunai tu boleh digunakan untuk pembayaran balik pinjaman. Mudah saja kan?
4. Jika ada yang sudah memiliki rumah pertama dan menginginkan rumah yang kedua, anda bolehlah membuat refinance rumah pertama anda. Seperti biasa, tunai lebihan sudah semestinya anda akan dapat.
5. Jika ada pula yang sudah memiliki tanah lot sendiri, cuba usahakan untuk membuat pecahan lot. Pecahan lot ni akan memerlukan sedikit kos tapi hasilnya sangat lumayan berbanding dari jual rumah. Jika anda berjaya pecahkan lot tanah sedia ada kepada lot-lot yang kecil, jualkan. Insyaallah dari sini hasil nya akan berganda dan pulang modal. Anda juga boleh sewakan tanah kepada orang persendirian atau syarikat yang berminat. Atau pun usahakan beberapa lot tanah yang kecil tu dengan merata, menebas dan memasang pagar di keliling lot tanah tersebut. Ini akan menaikkan lagi nilai harga tanah anda di kemudian hari.
Jadi berikut adalah beberapa tips yang mudah dan senang untuk kita gunakan jika kita ingin memiliki hartanah. Nampak mudah, tetapi ingat seperti yang saya maklumkan pada awal-awal tadi, semuanya memerlukan kesabaran dan kesungguhan yang tinggi. Sabar dan istiqamah insyaallah anda akan berjaya. =)
Wallahuallam.
No comments:
Post a Comment