Sunday, 11 January 2015

6 Kelebihan Pelaburan Hartanah


Apabila kita sudah mempunyai sesuatu hartanah samada rumah / tanah lot, mesti kita sudah memikirkan cukup setakat satu saja property ini untuk dijadikan aset bagi masa depan keluarga kita. Barangkali ada yang memikirkan buat apa untuk memiliki banyak rumah / tanah? sedangkan yang sudah sedia ada pun kita masih terkebil-kebil nak mencari RM bagi bayaran bulanan.

Memang betul satu saja aset sudah memadai bagi sesebuah keluarga. tapi biasakah kita terdengar kisah rakan2 mahupun saudara mara kita yang mampu memiliki sebiji atau dua biji rumah ataupun beberapa bidang tanah walhal kalau kita tengok penampilan mereka-mereka ni seperti orang biasa yang hidup pun biasa-biasa.

Tahukah kita semua dengan kehidupan biasa-biasa tu ditambah pula dengan aset bersifat kekal ada dalam pegangan seseorang boleh mengubah kehidupan mereka di suatu masa nanti? Jawapannya sudah pasti kita tahu. Dengan adanya beberapa pemilikan hartanah, sememangnya kita mampu capai beberapa kelebihan berbanding orang lain yang bergaji besar / bekerja di sektor swasta / kerajaan.


  1. Dengan adanya pemilikan hartanah, kita boleh melawan inflasi jangka masa panjang jika ditakdirkan taraf ekonomi Malaysia merudum seperti yang berlaku pada tahun 1998 dahulu, 
    • Ini kerana semakin lama kita pegang / simpan satu pemilikan hartanah, nilai hartanah akan tetap melonjak naik dari tahun ke tahun. walaupun kenaikan tersebut hanya sekitar RM5000-10000, duit tetap duit juga. Betul tak?
  2. Mampu menikmati pendapatan pasif (passive income) dari semasa ke semasa.
    • Sekiranya kita memliki rumah, adalah digalakkan kita buat sewa kepada orang ramai. Tahukah anda permintaan rumah sewa di Kuantan ni hampir sehebat di bandar K. Lumpur? Buktinya memang ramai warga Kuantan kerap kali menghubungi saya bertanyakan tentang rumah sewa tapi apakan daya prosedur firma kami tak mengambil bahagian dalam urusan rumah sewa ni.
    • Nak tambahkan pendapatan sewa rumah mudah saja. Jika anda fikir ingin dapat bayaran sewa rumah yang cukup-cukup untuk cover bayar bulanan, anda boleh sewa untuk satu rumah bagi penyewa berkeluarga.
    • Tapi jika anda inginkan lebih lagi, boleh buat sewa ikut bilik. Atau jika anda inginkan LEBIH-LEBIH lagi pendapatan, boleh sewakan rumah mengikut bilangan penyewa. Cara ni sememangnya akan bagi pendapatan lumayan untuk tuan rumah.
  3. Jika anda perlukan modal dalam kadar segera, jawapannya adalah BUKAN melalui jualan rumah / tanah. Ini bergantung pada rezeki kita juga, kerana untuk mendapatkan serius buyer memerlukan masa dan kesabaran yang tinggi. Sebaliknya, anda cagarkan rumah / tanah anda kepada agensi perbankan. Simpan semua dokumen-dokumen seperti pelan lantai rumah, geran dan sebagainya untuk dijadikan bahan sokongan bagi mendapatkan duit modal lebih dari bank. Sudah semestinya anda akan dapat lebih tunai dari yang sepatutnya. =)
  4. Hartanah yang sedia ada sememangnya kita boleh guna pakai untuk kegunaan sendiri pada bila-bila masa saja. Mudahkan?
  5. Rumah atau tanah lot yang sedia ada jangan sesekali diabaikan begitu saja tanpa ada penjagaan. Rumah atau tanah seburuk mana pun rupanya, rajin-rajinkan lah untuk kita keluarkan sedikit kos untuk baikpulih atau ubahsuai kepada rupa yang lebih menarik.



    • Jika memiliki rumah yang rosak sana-sini, berlubang, ada kebocoran dan sebagainya, dengan kos yang minima sebenarnya dah mampu menaikkan semula nilai harga rumah tersebut. Penyewa sudah semestinya ingin mencari rumah yang bersih, selesa dan kurang kerosakan betul kan? Jadi siapa yang rugi jika tak pandai jaga keadaan rumah? anda boleh fikir sendiri. =)
    • Jika kita memiliki tanah pula, rajin-rajin lah berbakti berjasa pada tanah. Ada simpanan sikit, kita taburlah pada kerja-kerja membersih, menebang dan menambun tanah. Pasang pagar disekeliling tanah adalah tips mudah untuk menaikkan harga tanah anda sekelip mata. Tak percaya, boleh cuba =)

  6. Yang terakhir sekali, sudah semestinya jika memiliki satu aset hartanah, sememangnya boleh menjamin kehidupan kita sekeluarga. Kalau ditakdirkan kita sebagai ibu bapa tak dipanjangkan umur, sekurang-kurangnya kita ada sesuatu yang boleh mereka warisi untuk dijadikan sebagai harta mereka di kemudian hari. Sediakan payung sebelum hujan, kata orang jangan kita merempat di tanah air sendiri sudahlah. 
Wallahuallam.

No comments:

Post a Comment