Pernahkah kita terfikir di saat kita sedang mengira komitmen bulanan untuk membuat persiapan membeli rumah, adakah keputusan membeli rumah tersebut merupakan keputusan yang tepat bagi kita sekeluarga? Adakah dengan pembelian rumah tersebut boleh mendatangkan hasil yang positif pada kewangan kita atau sebaliknya? Atau berbaloikah kita membeli rumah baru berbanding rumah yang murah/ secondhand / subsale?
Insyaallah saya akan ulas sedikit demi sedikit apa rasionalnya kita memiliki rumah pertama berdasarkan fakta dan pemerhatian saya sendiri. Majoriti rakyat Malaysia mahupun yang tinggal di bandar / pinggir bandar membeli rumah pertama sememang nya sebagai tempat tinggal sendiri dan keluarga. Saya bersetuju jika dikatakan dengan ada nya rumah pertama boleh dijadikan tempat perlindungan dan memberi keselesaan sesebuah keluarga. Tapi pernahkah kita terfikir adakah pembelian rumah pertama tersebut boleh membantu kewangan kita atau sebaliknya?
Untuk mudahkan pemahaman semua, saya drafkan satu jadual.
Tinggal Sendiri Pelaburan (Sewa)
Gaji RM3000 RM3000
Bayaran bulanan (A) RM1200 RM1200
Pendapatan sewa - RM1500 (disewakan pada orang lain katakan RM1500)
Installment Kereta (B) RM 500 RM 500
DSR = ( A+B / jumlah pendapatan x 100% )
= RM1200 + RM500 x 100 RM1200+RM500 x 100
RM3000 RM3000 + RM1500
= 57% 37.7%
*DSR = Debt Service Ratio
= DSR digunakan oleh pihak bank untuk mengira kadar hutang pembeli dengan pendapatan yang ada.
Jika kita bandingkan DSR bagi pembeli yang beli rumah dan tinggal sendiri, DSR nya tinggi iaitu sekitar 57%. Berbanding dengan pembeli yang membeli rumah tetapi disewakan, nilai DSR nya rendah iaitu sekitar 37.7%. Apakah maksudnya nilai-nilai ni? Lagi tinggi nilai DSR, lagi susah untuk anda menambah hutang / memohon pinjaman di tempat lain. Hal ni kerana pihak perbankan menetapkan nilai DSR tersebut mestilah tak melebihi daripada 60%.
Jadi, pembelian rumah pertama manakah yang berbaloi? Adakah beli untuk tinggal sendiri atau disewakan? Semua nya bergantung pada kehendak masing-masing. Jika anda merupakan seorang yang menginginkan rumah sendiri untuk keselesaan anda boleh pilih untuk beli rumah untuk kegunaan sendiri. Pro nya anda tak perlu memikirkan masalah tentang tempat tinggal dan kenaikan harga rumah pada masa akan datang. Lebih-lebih lagi selepas GST dilaksanakan pada April 2015 nanti. Tapi dari segi kontranya nilai DSR / komitmen anda sudah terlalu tinggi. Jika anda ingin membuat pinjaman lain, anda perlu selesaikan hutang / komitmen yang ada terlebih dahulu.
Tetapi jika anda seorang yang memikirkan untuk menambahkan pendapatan dan membaiki tahap kewangan anda, cara membeli rumah dan disewakan pada orang lain adalah terbaik. Sekurang-kurangnya bayaran bulanan rumah anda sudah dibayar oleh penyewa. Dan anda boleh lagi menambah pinjaman untuk kegunaan lain seperti pinjaman peribadi atau kredit kad atau sebagainya kerana nilai DSR anda masih rendah. Cuma kontra nya anda terpaksa menyewa di rumah lain yang kadar sewanya lebih murah dari rumah anda beli. Yang penting pada sesiapa yang berminat untuk gunakan cara ni perlu disediakan Tenancy Agreement / Perjanjian Sewa Rumah dan resit-resit bayaran bulanan oleh penyewa sebagai bukti untuk ditunjukkan kepada pihak bank.
Insyaallah saya harapkan perkongsian saya ini dapat dijadikan info bersama. Terima kasih tak terhingga juga pada blogger-blogger yang pernah membicarakan tentang topik ni. TQSM.
Wallahuallam.
No comments:
Post a Comment