Sejak kebelakangan ni, saya kerap
berjumpa atau terdengar luahan golongan-golongan yang berpendapatan rendah tak
mampu untuk membeli sebarang aset disebabkan mereka merasakan dengan gaji yang
cukup2 makan, mereka tak mampu utk menyara kehidupan atau nak menjelaskan
komitmen bulanan. Kadang-kadang mereka yang bergaij 3k ke atas pun mengeluh
nasib yg sama.
Saya selalu teringat kata-kata jutawan
hartanah Donald Trump, "Everyone have to think anyway..so why don't you
think big?" berasaskan kata-kata jutawan ni lah saya bermula
berjinak-jinak dengan dunia pelaburan hartanah. Walaupun baru genap sembilan
bulan saya berkecimpung di dalam bidang ni, alhamdulillah saya sudah mampu
untuk membuat saving setiap bulan, bagi perancangan masa depan saya untuk
membuat rumah di atas tanah sendiri. Walaupun tanah yang sedia saya ada adalah
pembahagian pusaka dari ibu bapa saya, namun tak pernah terlintas dalam fikiran
untuk menjual tanah tersebut. Kata orang, biarlah kita ada tanah / rumah sekecil
mana pun asalkan kita ada sesuatu yang boleh digunakan untuk masa depan anak
cucu kita. Berbudi dan berbakti pada tanah itulah pesan yang saya pegang
sehingga kini..
Langkah mudah yang selalu saya amalkan
dan majoriti juga amalkan hanya dengan menabung sikit-sikit dulu. Tetapkan
nilai berapa jumlah yang nak disimpan setiap bulan. Dan tetapkan berapa
simpanan yang nak dicapai dalam satu tempoh tertentu. Saya percaya mesti ramai
yang akan berjaya kumpul tunai yang cukup dalam tangan untuk membuat pelaburan.
Cuma langkah seterusnya memerlukan kita berfikir. samada nak beli rumah atau
tanah lot. Kedua-duanya adalah aset berharga dan ada nilainya. Tapi secara
peribadi saya lebih suka kepada membeli lot tanah.
Bagi sesiapa yang ingin menambahkan
pendapatan dengan sebidang tanah yang ada, mulakan dengan survey lot-lot
tanah yang murah dan berkedudukan strategik. Buat survey sepintas lalu apa yang
menarik di kawasa sekitar lot tanah tersebut, samada pembangunan, struktur
jalan, hubugan jalanraya & kejiranan. Beli tanah yang murah dan berhutan
sepatutnya tak perlu mendatangkan kerisauan. Sifu saya selalu berpesan beli
tanah yang murah-murah, Jangan dirisaukan pasal duit. Usahakan dulu, bersihkan
dan jaga tanah tu seperti kita menjaga kebersihan rumah.
Maksudnya apabila sudah dapat tanah
yang anda inginkan, anda boleh membuat beberapa penambahbaikan seperti menebang
pokok, membuang semak samun, menambun tanah beberapa kaki, membuat akses jalan
mahupun memasang pagar di sekeliling lot tanah. Insyaallah anda mesti akan
terkejut dengan nilai tanah anda yang meningkat naik dalam tempoh beberapa
bulan, tidak seperti harga asal yang anda beli dahulu.
Bagi sesiapa yang mempunyai lot tanah
yang bersaiz besar (luas lebih dari 1 ekar), anda boleh mengeluarkan sedikit
kos untuk buat pemecahan lot tanah kepada beberapa lot yang kecil. Bermula dari
sini, anda sudah boleh mengimpikan untuk mendapatkan pulangan yang
menguntungkan. Bermula dengan pecahan lot tanah, anda boleh bertindak dengan
menjualkan lot-lot tanah tersebut atau buat sewaan tanah. Mana-mana cara
sekalipun Insyaallah anda boleh menjana pendapatan anda di dalam satu tempoh
masa.
Apa-apa pun kesemuanya bergantung
kepada anda, pilihan anda. Semuanya bermula pada langkah mudah iaitu dengan
menabung.. Spread this words, kongsikan kepada rakan-rakan anda.
Segala yang baik itu datangnya dari Allah SWT. Jika ada rakan-rakan blog yang
ingin kongsikan pengalaman masing-masing, amat-amat dialu-alu kan,. =)
No comments:
Post a Comment