Wednesday, 4 February 2015

Freehold vs Leasehold.. Which one is better..?

"Saya tak nak beli rumah ni sebab status leasehold. Orang kata leasehold tak bagus.."
"Saya tak nak beli rumah ni. Status pajakan, bunyi macam da pajak gadai da.. Nanti tak pasal-pasal kena halau.."
"Saya tak berminat rumah ni kalau da geran berstatus pajakan. Saya nak ada rumah atas nama saya sendiri.."

Berikut adalah serba sedikit celoteh yang saya selalu dengar bila berurusan dengan klien2 yang nak membeli rumah/tanah. Kadang-kadang penat jugak nak bercerita nak menerangkan pasal status hartanah ni. Sejam cerita pun belum habis lagi. Kalau dah habis penerangan boleh faham alhamdulillah. Tapi kalau da habis bercerita tapi masih tak dapat tangkap memang bermasalah. Jadi pada hari ni izinkan saya berkongsi serba sedikit info yang saya rasa semua para pembeli rumah dan juga tuan rumah/tanah perlu tahu., Terima kasih pada penulis blog tipshartanah.com dan bahayusuf-bayu.blogspot.com atas petikan yang terperinci mengenai status hartanah yang saya rasa boleh membantu untuk semua warga Kuantan khususnya. Saya akan gunakan bahasa mudah untuk kefahaman semua.

Mesti ramai yang pernah tengok mahupun dengar istilah-istilah seperti freehold, leasehold, pegangan tunggal, pegangan bebas, pajakan, hakmilik sementara, hakmilik kekal. Apa maksud-maksud istilah ni sebenarnya,,?

FREEHOLD:
  • Erti kata lain pegangan bebas.
  • Bermaksud pemilikan ke atas suatu hartanah untuk selama-lamanya / kekal. Tak terikat pada had masa.
  • Pemilik hartanah tidak akan tertakluk kepada terma yang menyatakan hartanah tersebut akan dikembalikan kepada kerajaan negeri kecuali hartanah tersebut diambil atau dirampas.
  • Istilah-istilah yang lain untuk freehold ialah pegangan bebas, pegangan tunggal, hakmilik kekal.
  • Hartanah pemilikan kekal boleh dikembalikan juga kepada milikan negeri sekiranya pemiliknya meninggal tanpa ada waris. Jika pemiliknya adalah beragama Islam, hartanah tersebut akan diserahkan kepada baitulmal (jika tiada waris)
  • Pada geran hartanah biasanya akan tertulis tajuk perkataan GERAN / GERAN MUKIM.
  • GERAN: hakmilik yang dikeluarkan oleh Pejabat Pendaftar Negeri.
  • GERAN MUKIM: hakmilik yang dikeluarkan oleh Pejabat Tanah & Daerah (PTD).

LEASEHOLD:
  • Erti kata lain pajakan.
  • Bermaksud pemilikan ke atas suatu hartanah untuk suatu tempoh samada 30/60/99 tahun. ada juga tempoh pemilikan sehingga 999 tahun (di negeri-negeri tertentu) dan ada juga yang paling menarik geran yang tertulis " selagi ada matahari, bulan dan bintang.." (yang ni khusus untuk tanah yang dikeluarkan oleh penjajah British zaman dahulu kala)
  • Pemilik hartanah ni akan tertakluk kepada terma bahawa selepas tamat tempoh pemilikan, hartanah tersebut akan dikembalikan kepada pihak kerajaan negeri MELAINKAN tempoh pemilikan tersebut diperbaharui.
  • Untuk memperbaharui tempoh pemilikan, pemilik hartanah perlu membayar sedikit premium mengikut kadaran nilai tanah semasa. 
  • Kebiasaannya, pemilik tak perlu sehingga tamat tempoh pemilikan untuk renew pemilikan, tapi dalam tempoh sekitar 30-60 tahun dah boleh buat pembaharuan tempoh pemilikan.

HAKMILIK:
  • Bagi hartanah yang sudah mempunyai hakmilik yang MUKTAMAD, anda akan diberi dokumen yang menggunakan no.pengenalan seperti GERAN, GERAN MUKIM, PAJAKAN, PAJAKAN MUKIM.
  • Bagi hartanah yang BELUM MUKTAMAD, anda akan diberi dokumen yang menggunakan no.pengenalan H.S.(D) bermaksud hakmilik sementara dari pejabat Pendaftar Negeri / H.S.(M) bermaksud hakmilik sementara dari pejabat Tanah dan Daerah.
Apa yang merunsingkan para pembeli sekiranya mereka membeli hartanah berstatus Leasehold berbanding Freehold? Sebenarnya tidak apa yang perlu dirunsingkan sebab memandangkan tempoh pemilikan tu hanya sekitar 99 tahun, pihak kerajaan negeri beri peluang kepada pemilik untuk memperbaharui tempoh pemilikan. Jadi, secara tak langsung hartanah yang sedia ada tu masih lagi boleh diwarisi cucu cicit. Selama saya berkecimpung di dalam dunia hartanah ni, rasanya tak pernah dengar lagi kes pengambil alihan tanah dalam negeri Pahang ni. sebab hutan masih banyak lagi. (kalau ada mohon kongsikan)

Dan kebiasaannya harga bagi hartanah berstatus leasehold ni adalah murah dan rendah sedikit berbanding dengan hartanah berstatus freehold. Tetapi perlu ingat kebiasaannya hartanah berstatus leasehold di bandar Kuantan khususnya terletak di lokasi-lokasi yang pesat dengan pembangunan dan tumpuan ramai. Contoh mudah di bandar Indera Mahkota. Memang banyak bangunan-bangunan kerajaan negeri dan kemudahan asas ada disana. Jadi secara tak langsung proses jualbeli rumah mahupun sewa rumah memang pesat dan kompetitif disana berbanding hartanah yang berstatus freehold dan terletak di pinggir atau luar bandar Kuantan.

Bagi urusan pindah milik,hartanah freehold memiliki kelebihan sebab urusan tak perlu melalui sekatan dari pejabat Menteri Besar dan boleh menjimatkan masa. Sepanjang pengalaman saya berurusan dengan firma guaman, kebiasaanya proses tukar nama hakmilik mengambil masa paling cepat dalam tempoh 4 bulan, dan paling lama dalam 6 bulan. Jadi bagi pihak owner, sememangnya anda akan tersenyum lebar sebab bakal dapat wang besar dalam tempoh yang singkat. Berlainan pula dengan hartanah berstatus leasehold, urusan pindah milik biasanya akan makan masa yang panjang disebabkan ada sekatan kepentingan yang perlu mendapat kelulusan dari pejabat Menteri Besar. Proses tukar nama boleh capai masa sehingga 8 bulan malah ada juga sampai setahun masih belum selesai urusan pertukaran nama. Namun, apa-apa pun bergantung pada gerak kerja peguam yang anda lantik. Jadi para pembeli dan penjual perlulah rajin untuk selalu menghubungi peguam anda masing-masing untuk tahu tentang gerak kerja. =)

Jadi kesimpulannya, tiada apa yang perlu dirunsingkan mengenai status hartanah anda. Kedua-duanya anda pros dan cons, cuma ia bergantung kepada niat dan matlamat kita sebagai owner atau bakal pembeli nak memilih yang mana satu idaman hati. 

P/S: Jangan hanya fokuskan tentang status hartanah saja, faktor lain seperti harga, kemampuan kewangan, lokasi, fasiliti, keadaan sekeliling, aliran trafik, tempoh masa, bentuk muka bumi pun anda perlu titik beratkan juga. =)

Sekian, wallahuallam.

8 comments:

  1. Adakah geran tnh smntara leh layak wat pnjmn prumhn krjn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh je,takde masaalah pun,janji ada geran

      Delete
  2. Adakah geran tnh smntara leh layak wat pnjmn prumhn krjn

    ReplyDelete
  3. Mengikut info bahagian pelupusan pej tanah petaling selangor. Pajakan tanah status leasehold mmg boleh diperbaharui sebelum tamat pajakan dalam tempoh 30 thn sebelum tamat tempoh pajakan. Namun premium yg perlu dibayar bukan sedikit juga..premium yg perlu dibayar mengikut penerangan pej tanah ialah nilai tanah semasa selepas ditolak diskaun 30%.

    Sebagai contoh nilai tanah leasehold kita beli sekarang harga rm50k, 60 tahun kemudian kita hendak perbaharui pajakan, nilai tanah semasa Rm1 juta..nilai premium kena bayar adalah rm 700k selepas diskaun 30%.

    Sekiranya pemilik tidak mampu bayar premium tersebut, pemilik masih boleh menduduki tanah tersebut dan tanah tersebut masih boleh diwarisi kepada anak cucu melalui sistem faraid namum pemilik perlu bayar Rm1000 dan kerajaan negeri akan masukkan kayveat pada tanah tersebut.. tanah tersebut tidak boleh dijual kepada orang lain dan tidak boleh dikomersil.

    Berikut adalah penerangan dr pihak pejabat tanah selangor untuk dikongsi semua

    ReplyDelete
  4. Halo,
    Nama saya ROBBI dari Cirebon Jawa Barat Indonesia, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu Alicia Radu karena membantu saya mendapatkan pinjaman yang baik setelah saya banyak menderita di tangan para pemberi pinjaman online palsu yang menipu saya untuk mendapatkan uang tanpa menawarkan saya pinjaman, saya Saya memerlukan pinjaman selama 3 tahun terakhir untuk memulai bisnis saya sendiri di kota Cirebon tempat saya tinggal dan saya jatuh ke tangan perusahaan palsu di Turki yang telah menipu saya dan tidak menawarkan saya pinjaman. dan saya sangat Frustrasted karena saya kehilangan semua uang saya ke perusahaan palsu di Turki, karena saya berutang kepada bank saya dan teman-teman saya dan saya tidak punya seorangpun untuk menjalankan, sampai suatu hari setia bahwa seorang teman saya memanggil Siti Aminah setelah membaca kesaksiannya tentang bagaimana dia mendapat pinjaman dari Bunda Alicia Radu, jadi saya harus menghubungi Siti Aminah dan dia mengatakan kepada saya dan meyakinkan saya untuk menghubungi Bunda Alicia Radu bahwa dia adalah ibu yang baik dan saya harus mengumpulkan keberanian dan saya menghubungi Bunda Alicia Radu dan saya terkejut dengan pinjaman saya diproses dan disetujui dan dalam waktu 3 jam pinjaman saya dipindahkan ke akun saya dan saya sangat terkejut bahwa ini adalah mukjizat dan saya harus bersaksi tentang pekerjaan baik Bunda Alicia Radu
    jadi saya akan menyarankan semua orang yang membutuhkan pinjaman untuk menghubungi email Ibu Alicia Radu: (aliciaradu260@gmail.com) dan saya meyakinkan Anda bahwa Anda akan bersaksi seperti yang telah saya lakukan dan Anda juga dapat menghubungi saya untuk informasi lebih lanjut tentang Bunda Alicia Radu email saya : (robbi5868@gmail.com) dan Anda masih dapat menghubungi Siti Aminah yang memperkenalkan saya kepada ibu Alicia Radu melalui email: (sitiaminah6749@gmail.com)
    semoga Tuhan terus memberkati dan mencintai ibu Alicia Radu untuk mengubah kehidupan finansial saya

    ReplyDelete
  5. As salam , terima kasih tuan atas perkongsian. Boleh sy tau, boleh ke tanah pajakan mukim ni blh ditukarkan kepada hak milik tunggal?

    ReplyDelete
  6. Cool and that i have a super offer: How To Renovate House Exterior house for renovation

    ReplyDelete